Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak bol
eh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai
suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga
sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas
hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si
isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu
berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma
kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah
engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta
memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. ♥
0 comments:
Post a Comment