Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab it
aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku.
Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku.
Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat
apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali
padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang
perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya
sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang
rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh
sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku
rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh.
Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang
sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu
tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila
aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu
perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari
saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang
boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku
langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia,
sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend
masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi
aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin.
Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta
kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak
rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki
yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak
janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila
awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan
tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya,
hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak.
Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata terakhir dia untuk aku.
Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak
habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan permpuan macam ni. Malas
aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ.
Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang
jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di
hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya!
Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulanns datang dan membawa
aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia
perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai
kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita
yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata
seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku berdoa semoga
dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang
dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia.
Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan
selesai. Dia berada dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih
mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya
menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya
itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu.
Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukah kawan dia tentang
kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan
kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku
sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan
itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi.
Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati.
Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad
kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad
itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untul
awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak
hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca
setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak
awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku
buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka
origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous
mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun
dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu
penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas.
Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah kali pertama
aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang
membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku
telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya
di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya
berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang
memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab
itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana
gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati
aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku
pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku
menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya
datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada
awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba
denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa
yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan
kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk
dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia
cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku
tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku
sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar.
Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku.
Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu
senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta
aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar
botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan
nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak
sangka dia menempah kek khas untuk aku. Di atas kek itu tertera
bahagian belakang jersi pasukan bola kegemaranku. Aku senyum sendiri.
Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia
tak tahu apa-apa fasal bola. Dia Cuma tahu pasukan apa yang abang minat
dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang
dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak
makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim
salam saya pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang
bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum
sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat
dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar
termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang.
Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak
makan kek ni dengan aku.
“Sayang..terima kasih kek ni.
Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada
awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?”
aku sudukan pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis
tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar
dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang
tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka
dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak .
Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak
lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia
tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak
pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi
tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku
padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana
keadaannya sudah stabil. Tapi yang membuatkan jantung aku hampir gugur
bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan
terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua
tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian itu aku tak pernah jumpa dia lagi.
Tahu apa-apa khabar pun tidak kerana aku memang tak pernah berbaik
dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih
merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari
dia. Ah! Panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir
dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut,
mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku.
Dia? Aku pasti itu dia. Senyuman dia masih sama. Tapi keadaan tidak
lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali
aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah
berkahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya
mengusap-usap tangan dia. Pasti lelaki itu suaminya. Dan aku sedar aku
tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari
aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu
cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya
lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat
menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan
aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam
hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati
yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku
sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama
dipilih oleh dia dan yang baru diplih oleh aku. Walaupun aku masih
menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu.
Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan
buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi
macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia
mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel
selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka
dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi
aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan
setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi
telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat
lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia
merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak
memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
*Melalui
kisah ni sy nk tnye ape sebenarnye yg diinginkan seorang lelaki apabila
dia memilih perempuan itu menjadi kekasih dia.. Sekadar melampiaskan
nafsu yang pasti tidak halal atau sebenar2nya ingin mencari calon isteri
yang benar2 dpt menjaga dia seumur hidup dia…???sy nk anda jawab…